Sunday, October 19, 2008

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri

Pada tanggal 21.09.2008 MPP ZON 20 dengan kerjasama Surau Al-Ikhwan dan Pusat Khidmat Masyarakat Seksyen U10 Shah Alam telah mengadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Hari Raya. Penerima-penerima sumbangan terdiri dari semua kaum meliputi beberapa katogeri iaitu golongan orang-orang tua, kurang upaya, muaalaf, ibu-ibu tunggal dan pelajar cemerlang UPSR 2007.
Meraka menerima barangan keperluan harian, makanan, duit raya dan sijil bagi pelajar cemerlang. Seramai lebih 30 penerima telah berjaya disampaikan. Sumbangan disampaikan oleh YB. Hj. Khalid b. Abd Samad, Ahli Parliment Shah Alam. Dibantu oleh Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat U10 En Abd Halim b. Ali. Majlis dipengerusikan oleh En. Hj. Reduan b. Ahmad, Setiausaha Kehormat MPP Zon 20 Shah Alam.

Penyerahan Watikah Pelantikan

Upacara Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Jawatan kuasa MPP Zon 20 telah diadakan pada 28 Ogos 2008 bertempat di Dewan Banquet Wisma MBSA Shah Alam.

Majlis Dialog Bersama Wakil-wakil Rakyat Shah Alam.

Satu majlis dailog bersama Wakil-wakil Rakyat Parliment dan DUN Kota Anggerik telah berjaya diadakan sekitar bulan Jun 2008. Ahli Parliment YB. Hj. Khalid Samad di wakili oleh YDP PAS (II) Shah Alam. ADUN Kota Anggerik YB. Hj. Yaakob b. Sapari. Wakil Datuk Bandar Shah Alam. Ketua Polis Balai Seksyen 6 dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman sandaran Permai En. Adnan b. Kadir. Tetamu Khas ADUN Meru YB. Dr. Hj Rani

Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk sekitar. Diadakan di sebelah Surau Al-Ikhwan, Taman Sandaran Permai, Shah Alam. Bertujuan memberi maklumat-maklumat terkini dan mendengar masalah-masalah rakyat yang berbangkit. Majlis dipengerusikan oleh Hj. Reduan b. Ahmad

Pengenalan


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat datang ke blog Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 20 Shah Alam. Terletak dalam Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling. Zon 20 meliputi dari Seksyen U9 (Sunway Kayangan), Seksyen U10 (Taman Subang Impian, Taman Sunway Alam Suria, Taman Nusa Rhu, Pangsapuri Resak, Taman Puncak Perdana, Taman Sandaran permai dan UiTM Kampus Puncak Perdana) hingga ke Seksyen U14 (Kampung Budiman).